Archive for the Uncategorized Category

..Sebuah Pertemuan..

Posted in Uncategorized on Julai 26, 2011 by Mawardiyana.com
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

..Hati Berbisik..

Posted in Uncategorized on Mei 8, 2011 by Mawardiyana.com

malam bertandang
hati berbisik mengenang
cerita derita yang daku pendam

kata menguji
cuba untuk kusudahi
berulang air mata membasahi

aku kini perlu berdiri
walau hakikatnya
pasti kan melukai

aku ingin
semua rasai
kerna pengakhirnya hidup
ku sendiri

oh Tuhan kau berikan aku
segala kekuatan
meneruskan perjalanan

..Ayu Shita – Tuhan Berikan Aku Cinta..

Posted in Uncategorized on Disember 13, 2010 by Mawardiyana.com

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

..BiArLah RahSiA..

Posted in Uncategorized on November 13, 2010 by Mawardiyana.com

wahai sahabat..
Adakalanya kamu rasa cukup selesa bersama dia..
kerana apa??
kerana dia selalu ada..
saat kamu sedih, saat kamu gembira, saat kamu sukar..
dia selalu ada..
tapi pernah kah kamu fikir,
adakah kamu selalu ada disamping dia saat dia prlukan kamu???
saat dia sedih, saat dia gembira, saat dia sukar…
di mana kamu????

kawan…
Adakalanya kamu marah, kerana dia tidak ada masa untuk kamu..
dan kamu luahkan pada dia, bahawa kamu mencari teman yang lain, dia membuatkan kamu rimas saat dia mengambil berat tentang dirimu..
tapi pernahkah dia mempersoalkan tentang itu kepada kamu????
pernah kah kamu fikir tentang dirinya saat kamu tiada masa untuknya????

teman…
Adakalanya kamu terlalu berterus terang tanpa memikirkan hatinya…
kamu mengatakan yang kamu hanya memerlukan dia bila waktunya..
kamu tiada apa2 yang mahu dibualkan dengan dia..
kamu rimas dengan dia..
tapi pernahkah kamu meminta dia untuk berterus terang????
tahukah kamu..
jika selama ini…walaupun kamu tiada masa untuk dirinya..
dia tetap sabar menanti kamu..
walaupun kamu bertanyakan soalan yang sama setiap kali..
dia tetap sabar menjawab, walaupun adakalanya dia rasa dirinya tidak dihargai…
walaupun sedang sibuk membuat kerja2 lain..
dia tetap berusaha meluangkan masa membalas sms2 kamu…
semuanya dia lakukan kerana dia sayangkan kamu..
sampai saat ini…percayalah…
tiada satu pun isi hatinya yang kamu ketahui…
renung2kan..hargailah sesiapapun yang beradda di sisi kamu saat ini….sekian..

..SeBuAh haRapan..

Posted in Uncategorized on Oktober 19, 2010 by Mawardiyana.com

Adakalanya,kita fikir biar kita saja yang tahu apa yang kita lakukan, kenapa kita lakukan, untuk apa, pada siapa, hanya kita yang tahu. tapi sebenarnya orang lain juga perlu tahu. kerana apa?? kerana kita hidup di dalam dunia ini bukan berseorangan.
tetapi, apa yang kita perlu bicarakan saat kita ditingalkan keseorangan??? kerana kita sememangnya tidak boleh memberi dengan harapan pemberian kita dibalas.

Apabila kamu membantu orang yg di dalam kesusahan, jgn berharap dia akan membalas pertolongan kamu dengan kesenangan.
Begitu juga jika kamu menyayangi seseorang, usah berharap dia akan turut menyayangi kamu.
dan seandainya kamu mencintai seseorang, jangan kamu berharap dia akan menjadi milikmu.

..LUKA SEMALAM..

Posted in Uncategorized on Oktober 18, 2010 by Mawardiyana.com

Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi atas setiap kepahitan yang bertandang tanpa diduga..begitu juga untuk berpuas hati dengan segala kebahagiaan yang dimiliki..hidup ini hanya sementara, apa yang kita miliki juga tidak akan terus kekal menjadi milik kita..Allah Maha Adil..setiap yang ditentukan olehNYA sama ada pahit atau manis untuk hambanya…ketentuan itu pasti disusuli dengan ganjaran yang tinggi..

Sahabat..

Seandainya engkau pernah terluka kerana cinta kepada manusia..
aku percaya..pasti hatimu bagaikan dilanda bencana yang paling dasyat..
Dan sekiranya engkau masih berduka kerana mengenangkan luka di hatimu…
Aku percaya…pasti saat itu engkau terus menyalahkan dirimu krn apa yang berlaku bkn kehendakmu..

Sahabat….
jika engkau tidak mahu merasai pedihnya terluka krn cinta…
maka, engkau cintailah Allah S.W.T…
DIA pasti tidak akan meninggalkan dirimu..
Sahabat….
sekiranya engkau ingin merasa tenang saat engkau kehilangan sesuatu yang berharga dlm hidupmu…maka redhalah..redha dengan segala ketentuan Allah ke atas dirimu..belajarlah menerima ketentuan daripada Allah…nescaya, itulah ketenangan yang kau cari selama ini…

from: SAHABAT.COM

..takdir cinta..

Posted in Uncategorized on Oktober 17, 2010 by Mawardiyana.com

whether I am stupid? I love someone who does not see, never hear his voice. am I stupid? I was wrong? expect the impossible will happen. why .. why do I fall in love? My heart feels painful. I never asked to love him but my heart. whether I should go and leave it with him. I’m not sure.

Ya Allah..
aku tidak pernah menduga..
bahawa dirinya yang akan aku cintai..
namun aku sedar..
hanya ENGKAU yang berkuasa membuka pintu hatiku untuk dirinya..
aku bersyukur ya allah….
namun YA Rabbi…
seandainya kali ini…
ENGKAU masih ingin menduga diriku…
dengan menghilangkan dia dari sisiku…
aku pasrah…
tetapi aku mohon padaMU ya allah..
berikanlah aku kekuatan…
agar aku mampu mengharungi dugaanMU..
sesungguhnya aku sangat takut kehilangan dirinya..
namun aku akui..
ENGKAU MAHA MENGETAHUI…
setiap sesuatu kejadian..
kebahagiaan dirinya adalah kebahagiaanku..
bantulah aku ya allah…
amin..